Alhamdulillah yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t atas segala nikmat dan hidayahNya. Akhirnya setelah 2 bulan program ini dirangka, Reboot ur Spirit Hiatus 2011 telah pun berjaya dijalankan dengan hebatnya dan telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Alhamdulillah .
Sekalung penghargaan buat RuSH 2011 Team yang telah bertungkus-lumus bekerja keras demi menjayakan program yang julung kalinya diadakan bagi pelajar tahun 1 Fakulti Perubatan, Universiti Tanta. Sungguh, keringat anda hanya Allah yang mampu membalasnya.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan RuSH 2011. Tanpa anda, RuSH 2011 tidak akan berjaya mencapai objektif sasarannya.
" To all our beloved Professors and Doctors who attended RuSH 2011. Thank you so much on your concerns and willingness to attend to our program. You are our Best Dr ever! We love u! "
Program yang dirancang berjalan dengan begitu lancar melibatkan semua pelajar Tahun 1 Group A, B dan C. Program berjalan selama 2 hari bermula pada 6 June 2011 ( Isnin ) untuk Biochemistry dan Histology Day, 7 June 2011 ( Selasa ) untuk Anatomy Day. Pelajar telah dibekalkan dengan sarapan dan makanan tengahari sepanjang program berlangsung. Alhamdulillah, walaupun makanan sampai sedikit lambat namun ia sentiasa tidak mencukupi. Ini satu petanda yang baik :)
Last but not least,
Buat semua teman seperjuangan,
" Kejayaan itu tidak datang bergolek jika tiada usaha "
" Ikhlaslah membantu rakan-rakanmu, InsyaAllah Allah punya 'sesuatu' ISTIMEWA buatmu. Jika tidak didunia pastinya 'ia' di akhirat sana. Inilah sebaik-baik hadiah buatmu "
" Jangan mudah berputus asa, Ingatlah akan harapan tinggi kedua ibu ayah kepada kita"
SEMOGA MEMPEROLEH KEJAYAAN BUKAN SAHAJA DIDUNIA MALAHAN AKHIRAT JUGA.
InsyaAllah.
Pendaftaran RuSH 2011 |
Doctors of Biochemistry Team. ( Dr. Sanaa-Head Department ) |
2 from left, Head of Medical Students of Tanta Uni |
Experinced Doctors of Histology Team. |
Token of appreciation to Dr. Jehan |
Token of appreciation to Dr. Naglaa |
Dr. Mona Ateia- Give tips for Abdomen, Anatomy |
2nd Team of Anatomy Doctors. Give tips for Embryology, Upper Limb And Pelvis |
Wajah-wajah MUMTAZ! InsyaAllah. |
Main Board for Anatomy Department : Dr. Mona ( Head ), Dr. Amal ( Vice Head ) and Dr. Mandu ( ex- head department ) |
Tq Dr! you are the best! |
No comments:
Post a Comment