Sunday, May 15, 2011

HARI BONE SETANTA :)

Alhamdulillah tidak terhingga kepada Allah Taala..
akhirnya program yang dirancang last minute mendapat sambutan hebat dari pelajar 1st year .

Program bermula seawal 9 pagi dan berakhir pada jam 11 malam pada 13th May lepas bertempat di Academic Center 2. Academic Center 2 tidak henti-henti dikunjungi pelajar akhawat mahupun ikhwah yang datang untuk
mengulangkaji  tulang-tulang yang ada.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Samhan b Awang kerana telah meluangkan masa membantu adik-adik tahun 1 mengulangkaji tulang-tulang. Juga kepada Dr. Izzuddin Azaharuddin , Dr. Zaid Zonkapri dan semua senior2 yang telah hadir menjayakan program ini.
Tahniah buat semua yang hadir. Semangat anda sangat luar biasa. Program yang sepatutnya tamat pada jam 8 malam terpaksa ditunda ke 11 malam.. Tahniah sekali lagi !






No comments: